Anugerah dalam talian Anugerah_Bintang_Popular_Berita_Harian_2013

Anugerah dalam talian membolehkan orang ramai mengundi melalui laman web rasmi ABPBH bermula 4 Disember 2013. Penganjur telah memperkenalkan dua kategori baharu buat anugerah dalam talian iaitu "Chef Selebriti Paling Popular" dan "Aksi di YouTube Paling Popular".[2]

ABPBH 2013 telah ditaja oleh pelbagai badan berkanun dan swasta termasuklah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Alam Flora Sdn. Bhd., SWM Environment Sdn. Bhd., Environment Idaman Sdn. Bhd., D’Haja Sdn. Bhd., Eynasha Beauty & Healthcare, Lord’s Tailor, Perbadanan Putrajaya, The Royale Chulan Kuala Lumpur, Natika Gold & Diamond, dan Tendence.[2]